Razzaq, Abdur and Nasir, Badlihisham Mohd (2021) KETOKOHAN DAN PEMIKIRAN DAKWAH-POLITIK PAK NATSIR (1908-1993). In: Persidangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dalam Sosio-Politik (CIMS 2021), 24 FEBRUARI 2021, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Archive (Ketokohan dan Pemikiran Dakwah-Politik Pak Natsir (1908-1993))
Paper dakwah politik pak natsir.docx - Submitted Version Restricted to Registered users only Download (70kB) | Request a copy |
Abstract
Peranan ulama sebagai tokoh penggerak sosio-politik ummah telah berlangsung sejak dari zaman Rasulullah saw hinggalah ke hari ini. Sesuai dengan peranan keagamaan mereka di dalam dakwah, politik turut menjadi wadah untuk menonjolkan ketokohan dan pemikiran yang signifikan. Nama Pak Natsir terkenal bukan sahaja sebagai bekas Perdana Menteri era Orde Lama di Indonesia, malah muncul sebagai tokoh dakwah melalui Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII) yang didirikannya pada tahun1967. Selain itu Pak Natsir bahkan pernah menjadi pengurus Rabithah ‘Alam Islami, World Muslim League (Makkah; 1967) dan Vice President World Muslim Congress (1976 di Karachi) dan banyak lagi. Gabungan politik dan dakwah ini jelas terpancar melalui ungkapannya; “Dahulu saya berdakwah lewat politik, kini saya berpolitik lewat dakwah.” Justeru kertas ini akan menyorot ketokohan beliau dalam politik dan dakwah ketika berkuasa di era Soekarno dan menjadi da’i yang berdikari ketika di dalam DDII. Beberapa gagasan dan himpunan pemikirannya akan dibincangkan khususnya dalam konteks mengambil makna dan hikmat yang berguna kepada kelangsungan peranan ulama dalam menggerakkan sosio-politik ummah. Kajian yang menggunakan kaedah kepustakaan khususnya dalam mencari data-data sejarah dari buku, jurnal dan ucapan tokoh ini diperkuatkan lagi dengan kajian lapangan melalui temubual dengan tokoh-tokoh penggerak DDII yang mengenali Pak Natsir. Dapatan kajian mendapai bahawa Pak Natsir adalah seorang tokoh yang multidimensi. Tokoh yang memanfaatkan semua wasilah untuk kepentingan dan perbaikan ummat. Dakwah melalui politik telah dilakukannnya semenjak menjadi Perdana Menteri dan ketika saluran politik disekat dengan dibubarkannya Partai Masyumi, maka beliau tetap berdakwah melalui DDII. Keywords: Pak Natsir, DDII dan Masyumi
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | ?? BP ?? |
Depositing User: | Abdur Razzaq |
Date Deposited: | 09 Mar 2021 03:58 |
Last Modified: | 09 Mar 2021 03:58 |
URI: | http://repository.radenfatah.ac.id/id/eprint/8333 |
Actions (login required)
View Item |